ArifIct

Tuesday, December 21, 2004

BAGAIMANA HENDAK MEMBUAT PANGGILAN PERCUMA MELALUI INTERNET - VOIP SKYPE

Dengan memahami ICT dan cara untuk menggunakannya, kehidupan telah menjadi lebih mudah. Walaupun begitu kebanyakaan pengunaan ICT mengakibatkan kita mengeluarkan lebih banyak belanja. Jika ICT boleh menjimatkan masa tidakkah ICT juga boleh menjimatkan wang apabila ianya digunakkan? Jika kita lihat hujung bulan sebahagian besar pembayaran yang perlu dilakukan adalah untuk bil telefon. Tidakkah ICT boleh membantu kita didalam mengurangkan bila telefon kita? Tentu boleh jika kita arif didalam ICT. Pagi ini ArifICT akan berkongsi teknik bagaimana hendak mengurangkan bill telefon dengan menggunakan ICT. Cara yang paling mudah dan berkesan untuk mengurangkan bil telefon adalah dengan tidak membuat panggilan melalui telefon. Jika tidak membuat panggilan melalui telefon. Semua memang arif bahagian yang pertama itu, tetapi jika tidak membuat panggilan melalui telefon, panggilan hendak dibuat melalui apa? Jawapannya adalah Internet. Dengan menggunakan perisian yang tertentu yang akan saya bincangkan sebentar lagi, kita telah boleh membuat panggilan daripada komputer ke komputer menggunakan VOIP secara percuma. VOIP adalah dari perkataan Voice Over Internet Protocol. Dengan menggunakan teknologi VOIP, talian Internet yang biasanya kita gunakan untuk melayari Internet telah boleh digunakan untuk kita bersembang seperti talian telefon pula. Jika kita telahpun ada talian Internet maka tiada caj tambahan yang akan dikenakan jika kita menggunakan kemudahan ini. Namun begitu apabila saya katakan percuma, ianyalah adalah untuk panggilan yang dibuat dari komputer ke komputer. Panggilan dari komputer untuk ke telefon biasa atau telefon bimbit masih lagi akan dicaj mengikut kadar yag ditetapkan. Apa agaknya keperluan atau perisian yang diperlukan untuk kita menggunakan kemudahan VOIP ini? Pertama kompter kita perlu lah mempunyai perkakasan mikrofon dan speaker. Elok jika kita beli mikrofon yang mempunyai headfonnya sekali, dengan cara itu kita boleh berbual-bual tanpa mengangu mereka yang berada disekeliling kita. Perkara yang kedua setelah kita mempunyai mikrofon dan headfon, kita perlulah memuatturunkan perisian yang sesuai. Perisian yang popular buat masa ini untuk membuat panggilan dari komputer ke komputer adalah perisian yang dinamakan Skype. Ejaaannya adalah SKYPE sebutannya adalah SKAIP seperti type, bukannya SKAIPEE tetapi SKAIP. Ianya boleh dimuat-turun di www.skype.com. Setelah perisian ini dimuat turun, kita perlu mendaftarkan diri kita terlebih dahulu, pendaftaran ini penting kerana jika kita tidak mendaftar orang lain tidak tahu bagaimana hendak menghubungi kita. Didalam konsep membuat panggilan VOIP daripada komputer ke komputer no telefon tidak diperlukan, nama pendafataran yang kita gunakan tadi akan digunakan sebagai no telefon komputer kita. Apabila kita telah mendaftar, kita telah boleh menggunakan perisian ini, tetapi siapakah yang agaknya boleh menerima panggilan kita? Ini yang seronoknya, selepas kita mendaftar, dan kita pula tiada orang yang hendak dihubungi, kita boleh mencari didalam senarai pengguna SKYPE ini sesiapa yang berada didalam talian untuk kita berbual-bual dengan mereka. Kita boleh pilih samaada ingin berbual dengan mereka yang berada di Malaysia atau dimana-mana sahaja didalam dunia. Jika kita ada rakan yang kita ingin hubungi dan mereka menggunakan perisian skype juga maka kita bolehlah menghubungi mereka dengan cara menaipkan nama yang mereka gunakan semasa pendaftaran didalam ruangan yang disediakan. Jadi jika dahulu kita menelefon menggunakan nombor sekarang kita boleh menelefon menggunakan nama. Namun Radio Satu telahpun terkehadapan kerana telah juga menggunakan huruf sebagai nombor SMS, jika stesen-stesen lain masih menggunakan nombor untuk menghantar SMS Radio Satu telah menggunakan huruf iaitu DAPAT. Dengan menggunakan perisian SKype ini kita boleh lah bercakap berjam-jam tanpa menerima bayaran berganda-ganda dihujung bulan. Kemudahan ini jika kita gunakan untuk syarikat yang mempunyai banyak cawangan diserata Malaysia atau diserata dunia, didalam jangkamasa yang singkat pasti akan dapat menjimatkan kos panggilan telefon. Walaupun teknologi email memang telah boleh digunakan melalui Internet, namun teknolgi VOIP ataupun Voice Over Internet Protocol ini masih kurang digunakan oleh pengguna. Jika hendak berkomunikasi dengan saya melalui VOIP SKYPE nama pengenalan saya adalah Azlidapat. © 2004 Azli Paat

No comments: