Kemudahan nombor mudah-alih merupakan kemudahan dimana pengguna telefon bimbit boleh menukar pembekal syarikat telekomunikasi dan pada masa yang sama mereka boleh menyimpan no telefon yang asal.
Kemudahan yang akan diperkenalkan pada bulan August ini akan membolehkan pengguna memilih syarikat mana yang akan memberikan promosi, caj dan juga perkhidmatan yang terbaik untuk pelanggan mereka.
Untuk menukarkan perkhidmatan syarikat telekomunikasi ini, pengguna hanya perlu pergi ke syarikat telekomunikasi yang baru dan nyatakan nombor yang mereka inginkan, dan proses penukaran akan dilakukan serta-merta.
Padamasa yang sama apabila syarikat telekomunikasi bertukar, kemungkinan besar apa-apa kemudahan atau langganan yang dilakukan di pihak telekomunikasi lama tidak akan ditukarkan secara automatik. Jadi pihak pengguna perlu melanggan semula kemudahan-kemudahan yang pernah mereka langgani sebelum ini, terutama sekali langganan kemudahan SMS dari pembekal kandungan persendirian.
0 comments:
Post a Comment