ArifIct

Thursday, April 24, 2008

Memahami konsep domain (alamat laman web di Internet)

Alamat laman web merupakan teknik dimana sesebuah laman web boleh diakses dengan menggunakan alamat yang mudah untuk diingati. Alamat laman web juga dikenali sebagai domain name.

Jika alamat surat menyurat di kawal oleh organisasi seperti POS Malaysia siapa pula yang mengawal pendaftaran alamat laman web? Alamat-alamat laman web diseluruh dunia dikawal oleh sebuah organisasi yang dinamakan ICANN singkatan untuk Internet Corporation for Assigned Names and Numbers.

ICANN merupakan sebuah organisasi yang memastikan tidak ada pertindidihan diantara pendaftaran nama laman web-laman web diseluruh dunia. Untuk mendaftarkan alamat laman web yang memberikan kemudahan pendaftaran .com anda boleh menggunakan kemudahan pendaftaran seperti di www.easyspace.com atau www.godaddy.com.

Kos pendaftaran bergantung kepada pihak yang melakukan proses pendaftaran tersebut. Untuk nama yang tidak popular ianya mungkin bermula dari USD10 kepada USD20.

Apabila proses pendaftaran dilakukan ianya akan diletakan secara sementara diserver pembekal, server ini dinamakan DNS server. Setiap pembekal kemudahan pendaftaran alamat laman web biasanya akan memberikan kemudahan ini yang juga dikenali sebagai domain parking secara percuma. Ini bermakna anda boleh mendaftar untuk mendapatkan domain anda sendiri tanpa perlu mewujudkan laman web terlebih dahulu.


200804220750.jpgwww.mynic.n




200804220753.jpg



Monday, April 21, 2008

Kemudahan mewujudkan borang didalam laman blog

200804210758.jpg

Kemudahan laman Blog memberikan peluang kepada pengguna untuk berkongsikan maklumat di Internet tanpa perlu mempelajari kod-kod teknikal yang sukar. Laman Blog memberikan kemudahan kepada penulis untuk berkongsikan maklumat dengan cara yang lebih mudah tanpa perlu menghasilkan laman web.

Kebanyakaan laman Blog mempunyai kemudahan komen yang boleh menerima maklum-balas daripada pengunjung, namun, adakalanya pemilik laman Blog memerlukan maklumbalas yang lebih sistematik seperti pengisian borang maklumat.

Menghasilkan borang di Internet adalah satu perkara yang sukar kerana, terdapat dua bahagian yang perlu disempurnakan, bahagian pertama, penghasilan borang itu sendiri atau Form, dan kedua penyimpanan maklumat yang telah diberikan oleh pengunjung (database).

1. Penghasilan borang (Form)

Borang yang hendak dipaparkan perlu dihasilkan menggunakan kod HTML, kod HTML ini perlulah menyokong pelbagai jenis maklumat yang hendak disampaikan, setiap ruang yang hendak diisikan oleh pengunjung dinamakan Field, terdapat pelbagai jenis field yang terdapat didalam sesuatu borang.

Text field - ruang untuk menerima maklumat didalam bentuk teks

Imej field - ruang untuk menerima imej

Multiple choice field - teknik yang membolehkan pengguna memilih pilihan jawapan yang telah disediakan.

2. Penyimpanan maklumat (database)

Apabila seseorang pengunjung telah siap mengisikan maklumat melalui borang atau Form dan mereka menekan butang Submit, maklumat yang telah diisikan perlulah disimpan didalam database. Kemudahan Database secara online perlu diwujudkan sebelum maklumat yang telah diambil boleh disimpan.

Masaalah-masaalah teknikal didalam proses penghasilan borang ini telah membataskan proses pengumpulan data oleh penghasil laman web. Namun masaalah tersebut telahpun selesai dimana kini terdapat kemudahan penghasilan borang dan penyimpanan.

Kemudahan tersebut boleh diperoleh di www.wufoo.com

200804210726.jpg