ArifIct

Friday, June 13, 2008

Mengautomasikan penutupan komputer

Komputer seperti peralatan elektrik yang lain sentiasa akan menggunakan tenaga apabila ianya dihidupkan. Komputer yang telah dihidupkan perlulah dipadamkan apabila tidak digunakan pada masa yang panjang, sebagai contoh apabila telah tamat waktu perkerajaan.

Namun adakalanya pengguna terlupa untuk menutup komputer apabila pulang dari pejabat. Ini akan mengakibatkan kenaikan suhu dan komputer terdedah kepada kenaikan dan penurunan arus elektrik yang tidak seragam.

Kini terdapat perisian yang boleh membantu menutup dan menghidupkan sesebuah komputer pada masa yang ditetapkan.

Alamat laman web yang boleh di ww.ampsoft.net/utilities/WinOFF.php

Tuesday, June 10, 2008

Penyimpanan alamat laman web yang hendak dibaca dilain masa

200806100731.jpg

Internet memberikan banyak peluang untuk seseorang mendapatkan maklumat. Namun masa kadangkala tidak mengizinkan untuk seseorang membaca maklumat yang terdapat dilaman web tersebut pada masa itu.

Ramai daripada pengguna menggunakan kemudahan Bookmark atau Favourite untuk menyimpan alamat laman web yang akan dibaca kemudian nanti, namun pengunaan kemudahan bookmark untuk penyimpanan alamat laman web untuk dibaca kemudian masa tidak begitu efisyien. Ini adalah kerana bookmark akan disimpan mengikut katogeri, apabila ianya disimpan kita tidak lagi mengetahui alamat laman web yang mana perlu dibaca dan sudah dibaca.

Kini terdapat kemudahan yang membolahkan pengguna menyimpan alamat laman web yang perlu dibaca bila ada masa dan ianya mengikut susunan ianya disimpan. Alamat laman webnya adalah www.laterthis.com.

Ianya bukan sahaja dapat menyimpan alamat laman web mengikut susunan untuk dibaca, bila ada masa lapang, pada masa yang sama, capaian boleh ditandakan dengan tanda telah dibaca apabila ianya selesai dibaca.

Kemudahan ini merupakan kemudahan sokongan kepada bookmark, ianya sesuai jika kita tidak ingin menyimpan semua capaian yang ingin dibaca didalam kemudahan bookmark.


200806100738.jpg