ArifIct

Thursday, July 24, 2008

Thumbdrive yang boleh dipasang perisian


Thumbdrive merupakan peralatan yang biasa digunakan untuk menyimpan fail yang boleh dibawa kemana-mana. Kini telah terdapat teknologi yang memberikan kemudahan untuk pengguna bukan sahaja menyimpan fail tetapi untuk memasang perisian secara terus.

Sebelum ini setiap perisian yang terdapat didalam thumbdrive perlulah diInstallkan terlebih dahulu di komputer sebelum ianya boleh digunakan. Ini mungkin akan menyusahkan pengguna jika komputer yang hendak digunakan tidak boleh dipasangkan dengan perisian tambahan.

Dengan adanya kemudahan pemasangan perisian secara terus di thumbdrive, pengguna tidak perlu lagi memasangkan perisian disetiap komputer yang hendak digunakkan.

Namun begitu tidak semua thumbdrive boleh dipasangkan dengan perisian, untuk memasangkan perisian kepada thumbdrive, thumbdrive perlukan kemudahan pemasangan perisian.

Untuk mengetahui samaada sesebuah thumbdrive boleh dipasangkan dengan perisian, semak diatas thumbdrive tersebut untuk logo U3 seperti dibawah.



Untuk maklumat lanjut mengenai jenis-jenis perisian yang boleh dipasangkan yang menyokong kemudahan U3 ini sila layari laman web http://www.u3.com

Tuesday, July 22, 2008

Mengemaskinikan laman blog melalui ScribeFire

Blog merupakan teknik terkini untuk seseorang berkongsikan maklumat dengan lebih mudah. Untuk memastikan sesebuah laman blog memperolehi pengunjung yang ramai, maklumat didalamnya perlulah dikemaskinikan sentiasa.

Kini terdapat cara mudah untuk mengemaskinikan laman blog menggunakan Add-ons browser firefox. Add-ons ini dinamakan Scribefire. Ianya boleh diperolehi di www.scribefire.com.

Perbezaan ScribeFire dengan kemudahan mengemaskinikan laman blog melalui laman web yang diberikan oleh syarikat pembekal seperti blogger adalah, ianya lebih mudah untuk digunakan.

Diantara kemudahan yang memberikan kelebihan kepada ScribeFire adalah:

1. Anda tidak memerlukan apa-apa perisian tambahan. Semuanya berada didalam perisian browser FireFox.

2. Kandungan boleh ditaip tanpa perlu kemudahan Internet. (hanya perlu kemudahan Internet untuk mengemaskini blog online)

3. Boleh menambahkan kandungan dari kemudahan online yang lain seperti Flickr dan Youtube dengan mudah.

4. Boleh mengemaskinikan beberapa laman blog yang menggunakan account berlainan serentak.

5. Boleh melihat laman blog yang hendak dikemaskinikan dibahagian atas.

Walaubagaimanapun masih terdapat beberapa kekurangan didalam ScribeFire, diantara kemudahan penting yang tidak terdapat didalam ScribeFire adalah kemudahan penambahan imej secara terus dari Hard Disk.

Namun begitu ScribeFire perlu dicuba terlebih dahulu untuk semua yang menghasilkan laman blog.