Ramai daripada pengguna laman blog mungkin telah mengalami situasi dimana mereka ingin meletakkan maklumat tambahan yang berupa fail-fail seperti Powerpoint, PDF atau Excel didalam laman Blog mereka, namun kebanyakaan laman blog hanya membenarkan pengguna meletakan fail didalam bentuk Imej dan Video sahaja.
Walaupun terdapat banyak kemudahan penyimpanan fail percuma di Internet yang boleh digunakan namun, kebanyakaan kemudahan tersebut tidak sesuai kerana ianya dipenuhi dengan iklan dan proses memuat-naik agak sukar.
Terdapat beberapa faktor penting yang perlu diambil kira apabila kita hendak menggunakan kemudahan storan di Internet. Berikut adalah faktor-faktor berikut:
- Saiz penyimpanan - saiz penyimpanan perlulah bersesuaian dengan keperluan, kebanyakaan pemberi kemudahan bermula dengan 1GB sehingga 8GB.
- Proses memuat-naik - pastikan laman web memberikan kemudahan memuat-naik seperti berikut:
- Boleh memuat-naik beberapa fail serentak
- Mempunyai aplikasi tambahan yang boleh memuat-naik melalui desktop
- Capaian fail yang telah disimpan - laman web perlu memberikan kemudahan perkongsian secara terus (Direct Link) bukan dengan mengakses laman web mereka
- Saiz boleh dinaiktarafkan jika perlu (mungkin berbayar)
Diantara kemudahan yang boleh digunakan yang menjadi pilihan saya adalah www.box.net
Fail yang telah disimpan boleh dicapai melalui capaian yang diberikan dan boleh diletakkan didalam laman web atau laman blog seperti dibawah.


1 comments:
Assalamualaikum Saudara Azli,
Saya adalah seorang guru. Setiap kali saya pergi kerja. Saya dan isteri selalu mendengar siaran radio Arif ICT Klasik Nasional around jam 7.00 pagi. Dan saya cukup berminat ruangan saudara kerana ia banyak memberi informasi tentang ICT yang terkini dan diharungi kita setiap hari.Tahniah dan syabas kepada saudara kerana sanggup berkongsi ilmu dengan orang awam.Semoga segala ilmu yang telah disampaikan saudara, saudara mendapat ganjaran dunia dan akhirat.
Apa yang ingin saya kongsikan kepada saudara ialah perasaan ragu-ragu tentang laman-laman web yang boleh membantu menyelesaikan masalah yang saudara cadangkan seperti topik ini "Kemudahan Storan Fail di Internet". Inginlah saya nak bertanya adalah laman web ini percuma atau sebaliknya? Tolonglah terangkan kepada saya kerana saya ada membuat sebuah laman blog secara cuba-cuba sahaja dan hanya mempaparkan hal yang berkaitan dengan interest dan keluarga saya.Dan saya amat perlukan kemudahan yang saudara ceritakan tadi untuk saya salurkan segala prestasi murid saya, untuk informasi ibubapa anak didik saya menerusi laman blog saya. TQ
Post a Comment