ArifIct

Tuesday, February 17, 2009

Laporan Pameran Mobile World Congress 2009

Laporan ShowStoppers Mobile World Congress 2009 Barcelona Spain.

(16-19 Feb 2009)

Mobile World Congress 2009 merupakan satu pameran antarabangsa yang memfokuskan didalam bidang teknologi telefon bimbit. Ianya diadakan setiap tahun di Barcelona, Spain.

Terdapat pelbagai teknologi, aplikasi, perkakasan dan konsep yang dipamerkan disini, ianya diperkenalkan didalam bentuk prototaip dan juga didalam bentuk sedia untuk dipasarkan.

Pada setiap tahun, organisasi media terpilih akan diberi peluang pada malam sebelum hari pameran untuk menyaksikan produk daripada syarikat yang mengambil bahagian didalam pameran ini. Sesi pra-tonton ini dinamakan ShowStopper 2009.

Berikut adalah diantara syarikat yang terpilih untuk produk mereka dikongsikan bersama media pada malam tersebut.

1. Vuzix (www.vuzix.com)

DSC_0560.JPG

Vuzix merupakan kacamata yang membolehkan paparan dilhat dari apa sahaja peralatan yang mempunyai kemudahan video out. Paparan dari peralatan seperti iPod, telefon bimbit dan juga alat permainan membolehkan pengguna menikmati kandungan yang diinginkan dengan saiz yang lebih besar didalam saiz peralatan yang lebih kecil.

Imej yang dipaparkan oleh peralatan ini menyamai skrin yang bersaiz 2 meter tinggi dan 6 meter lebar. Ini membolehkan pengguna menikmati kandungan video, imej dan juga permainan aksi dengan lebh menarik tanpa kekangan saiz fizikal peralatan.

Peralatan ini juga boleh disambungkan kepada komputer untuk pengguna melihat paparan secara persendirian didalam bentuk 2D dan juga 3D. Peralatan ini telah boleh diperolehi dipasaran dengan harga USD190

2. Zeemote (www.zemote.com)

Zeemote merupakan alat kawalan permainan telefon bimbit melalui sambungan teknologi Bluetooth. Peralatan ini membolehkan pengguna mengawal permainan didalam telefon bimbit mereka dengan lebih mudah dan berkesan. Pengguna tidak lagi terbatas dengan pengunaan butang kekunci untuk mengawal interaksi didalam setiap permainan yang dimainkan.

Peralatan ini mempunyai satu tombol kawalan pergerakan yang boleh digerakan menggunakan ibu jari dan satu butang kawalan aksi seperti menembak atau melompat yang boleh dilakukan dengan menekan jari telunjuk.

Pelbagai syarikat pengeluar permainan dan juga syarikat pengeluar telefon bimbit telah mengabungkan peralatan ini dengan produk atau peralatan yang mereka hasilkan. Dengan kos peralatan yang murah dan kesoronokan yang bertambah, ini diharap akan dapat menambahkan lagi peningkatan jualan dan permintaan terhadap barangan mereka.

Peralatan ini juga boleh diperolehi secara persendirian dipasaran dengan harga USD39.

3. Boltbrowser (www.boltbrowser.com)

Browser merupakan perisian yang diperlukan untuk melayari Internet, jika di komputer pengguna mempunyai banyak pilihan, ditelefon bimbit pula pilihan pengguna adalah terbatas kepada browser yang dibekalkan oleh syarikat pengeluar.

Kini terdapat Boltbrowser yang boleh dicuba oleh pengguna untuk melayari Internet melalui telefon bimbit. Boltbrower menjanjikan proses muat-turun laman web dengan lebih laju berbanding dengan berowser telefon bimbit yang lain.

Satu lagi kelebihan Boltbrowser adalah, ianya memberikan kemudahan mainsemula video dilaman web youtube yang tidak boleh dilakukan oleh kebanyakaan browser di telefon bimbit sebelum ini.

Boltbrowser boleh diperolehi secara percuma di laman web www.boltbrowser.com


4. Novatel MiFi (www.novatelwireless.com)

Novatel MiFi merupakan alat yang membolehkan sambungan Internet 3G dikongsikan melalui kemudahan WiFi. Jika dahulu kemudahan 3G modem hanya boleh disambungkan kepada sebuah komputer sahaja, kini dengan Novatel MiFi, ianya boleh dikongsikan secara terus melalui sambungan WiFi.

MiFi mempunyai kemudahan untuk slot SIM 3G dan slot MicroSD. Ianya mempunyai sistem pengoperasian Linux berserta dengan kemudahan Web Server.

Proses mendail untuk mendapatkan sambungan Internet boleh dilakukan melalui Web browser secara keseluruhan. Untuk mengakses sambungan, pengguna hanya perlu mempunyai kemudahan WiFi yang biasa.

Kemudahan ini juga membolehkan peralatan yang mempunyai kemudahan WiFi membentuk jaringan diantara satu sama lain. Dengan adanya kemudahan ini peralatan seperti router atau broadband modem tidak lagi diperlukan.

Peralatan seperti pencetak yang mempunyai kemudahan WiFi kini juga boleh dikongsikan dengan mudah tanpa perlu membeli WiFi AP tambahan.

Peralatan ini akan berada dipasaran pada pertengahan tahun ini , harga belum ditetapkan lagi

Terdapat banyak lagi barangan dan teknologi yang akan dikongsikan bersama pembaca Harian Metro apabila pameran GSM World 2009 bermula secara rasmi esok.