ArifIct

Friday, February 27, 2009

Kemudahan penyimpanan audio di Internet

Internet kini bukan sahaja boleh digunakan untuk perkongsian maklumat di dalam bentu teks, imej dan animasi. Ianya juga telah boleh digunakan untuk perkongsian komponen multimedia didalam bentuk video seperti laman web youtube.

Youtube memang popular untuk penyimpanan video, tetapi satu lagi kemudahan perkongsian komponen multimedia adalah audio.

Setakat ini tidak banyak laman web yang memberikan kemudahan penyimpanan untuk audio seperti youtube untuk video.

Kini terdapat laman web yang memberikan kemudahan penyimpanan audio di internet. Laman web ini adalah www.imeem.com.

Imeem adalah laman web yang membolehkan pengguna menyimpan fail didalam bentuk audio di laman web. Audio yang disimpan itu kemudian boleh diakses melalui laman web atau laman blog yang lain.

Dengan adanya kemudahan ini, pemilik laman blog yang hendak menggunakan komponen audio tidak perlu lagi merasa runsing.

Kemudahan ini boleh dinikmati oleh para artis, para pengamal industri motivasi dan sesiapa sahaj yang mempunyai keperluan untuk berkongsikan fail didalam bentuk audio.

Laman web ini juga memberikan peluang pengguna untuk mengakses fail-fail audio yang telah diletakkan oleh pengguna lain seperti lagi, cerita pendek dan sebagainya.

Alamat laman web Imeem: www.imeem.com