ArifIct

Thursday, March 19, 2009

Menghantar SMS dengan lebih cepat menggunakan teknik T9

Telefon bimbit bukan kini sahaja boleh digunakan untuk bercakap namun ianya telah boleh digunakan untuk pelbagai perkara yang tidak terfikir dalam masa lima tahun lepas.

Terdapat telefon bimbit terkini yang dikenali sebagai telefon bimbit yang dikatogerikan sebagai telefon bimbit pintar adalah lebih berkuasa daripada komputer.

Namun jika kita lihat, walaupun sepintar mana telefon bimbit tersebut, ianya tidak boleh menandingi kelebihan komputer dari segi Keyboard. Komputer kesemuanya mempunyai keyboard QWERTY dan telefon bimbit mempunyai keyboard ABCDEF. Bukan itu sahaja, setiap tiga huruf dan satu nombor perlu berkongsi satu butang, kecuali nombor 9. perlu berkongsi dengan empat penghuni iaitu w,x,y,z dan nombor sembilan.

Ini disebabkan telefon bimbit pada mulanya tidak dihasilkan untuk menaip, ianya dihasilkan untuk bercakap. Huruf-huruf yang diletakan diatas butang adalah bertujuan untuk memudahkan proses mengingati nombor seperti 32728 boleh dieja dengan DAPAT.

Namun dengan kecanggihan teknologi telefon bimbit telah boleh digunakan untuk menghantar mesej. Masaalah yang timbul adalah untuk menaip dibutang yang dikongsikan dengan beberapa penghuni, huruf atau nombor perlu dipilih satu persatu. Jika terlepas huruf yang hendak dipilih, proses pemilihan perlu diulang semula selepas melalui set simbol.

Sebagai contoh untuk menaip perkataan Thank you, anda perlu menekan nombor 8, dan huruf t akan muncul, untuk huruf h pula anda perlu menekan nombor 4 dua kali sehinggan huruf h pula muncul.

Jika kita lihat sebenarnya pengguna yang membantu telefon bimbit memilih huruf, bukan sebaliknya. Sebenarnya telefon bimbit yang tidak pintar pun adalah lebih pintar dari yang disangka. Didalam telefon bimbit sebenarnya terdapat kemudahan yang dinamakan T9.

T9 apabila diaktifkan akan cuba meramalkan apakah perkataan yang hendak anda taip. Sebagai contoh apabila anda hendak menaip perkataan Thank you anda perlu menaip Thank you sahaja dan perkataan Thank you akan dipaparkan secara automatik.

Ramai daripada pengguna tidak menggunakan kemudahan T9 kerana mereka keliru daiatas pengunaanya. Ini adalah kerana apabila huruf yang hendak ditaip tidak keluar sebagai contoh apabila hendak menaip thank you, huruf t akan keluar apabila t ditekan, huruf h akan keluar apabila nombor 4 ditekan tetapi apabila nombor 2 ditekan untuk huruf a yang keluar adalah via.

Wednesday, March 18, 2009

Menghantar email melalui SMS

Anda boleh menghantar email melalui telefon bimbit menggunakan SMS, ikuti langkah berikut:

  1. Setkan alamat email anda di telefon bimbit, taip: E SET EMAIL [alamat email anda] hantarkan ke DAPAT/32728
  2. Untuk menghantar email, taip: E [alamat email penerima] [mesej yang ingin anda hantar] hantar ke DAPAT/32728
  3. Contoh, untuk menghatar email kepada saya melalui SMS, taip: E azli@dapat.com Salam, saya nak bertanya mengenai kemudahan storan di Internet - hantar ke DAPAT/32728
  4. Caj yang dikenakan adalah caj SMS biasa