ArifIct

Wednesday, May 27, 2009

Menghantar Fax melalui Internet

200905270728.jpg

Walaupun pengunaan email telah menjadi semangkin meluas, namun kemudahan penghantaran maklumat melalui Fax masih menjadi pilihan organisasi dan syarikat.

Kini anda telah boleh menghantar email melaui internet tanpa perlu mempunyai talian telefon. Kemudahan penghantaran fax boleh diperolehi di www.myfax.com Dengan kemudahan ini pengguna boleh menghantar Fax kepada negara yang tersenarai secara online. Terdapat juga kemudahan penghantaran percubaan secara percuma diberikan di laman web tersebut.

Pengguna juga berpeluang untuk mendapatkan no sendiri dan fax yang dihantar akan dipaparkan didalam bentuk PDF.

200905270728.jpg


200905270729.jpg


200905270729.jpg


200905270730.jpg


200905270731.jpg


200905270731.jpg


200905270743.jpg

Tips Mobile:

Kebanyakaan telefon bimbit tidak memapaparkan kandungan no telefon yang terdapat didalam SIM, untuk memapaparkan kandungan pilih arahan SIM phone book. No telefon dan nama akan dipaparkan. Pindahkan no yang terapat didalam SIM ke memori telefon anda.

Tuesday, May 26, 2009

Memantau lokasi melalui Google Latitude

200905260723.jpg

Google Latitude merupakan kemudahan pemantauan lokasi melalui telefon bimbit menggunakan kemudahan RBS (Radio Base Station), GPS (Global Positioning System) dan GPRS (General Packet Radio Service).

RBS merupakan menara pemancar isyarat telefon bimbit yang digunakan oleh syarikat telekomunikasi untuk menghantar dan menerima isyarat telekomunikasi ke telefon bimbit. Lokasi seseorang boleh diketahui melalui maklumat RBS mana yang digunakan. Maklumat ini tidak setepat kemudahan yang digunapakai oleh GPS. Ketepatan RBS adalah sekitar 1-2 Km.

Lokasi alat yang menggunakan kemudahan pemantauan melalui RBS biasanya dilakarkan didalam bentuk bulatan. Ini bermaksud peralatan boleh berada dimana-mana didalam kawasn bulatan tersebut.

Jika telefon bimbit ada mempunyai kemudahan GPS, lokasi peralatan dapat dikesan dengan lebih tepat, disekitar 3-5 meter. Kemudahan GPS memerlukan peralatan mendapat isyarat sekurang-kurangnya 3 dari satelite yang berada di ruang angkasa.

GPRS pula diperlukan untuk menghantar maklumat lokasi kepada server dan setersunya boleh dipaparkan di laman web atau di laman blog. Berikut adalah paparan lokasi saya dan kenderaan saya menggunakan teknologi yang dibincangkan.


200905260726.jpg 200905260726.jpg

Untuk memapaparkan lokasi dilaman web atau Blog, kemudahan aplikasi tambahan adalah diperlukan, kemudahan tersebut dinamakan Google Latitude yang boleh diperolehi secara percuma di www.google.com/latitude.

Kemudahan Google Latitude ini dibahagikan kepada dua bahagian,

  1. Pertama kemudahan perisian yang perlu dimuat-turun dan dipasangkan di dalam telefon bimbit. Gunakan link ini untuk memuat-turun perisian Google Latitude di telefon bimbit anda google.com/latitude
  2. Kunjungi laman web ini untuk mendapatkan kod untuk diletakan di laman blog anda www.google.com/latitude
  3. Piliha arahan berikut:200905260740.jpg
  4. Letakan kod yang diberikan di laman blog anda. Anda perlu mempunyai Google Account terlebih dahulu sebelum boleh menggunakan kemudahan ini.

Untuk melihat kemudahan ini di laman blog saya, kunjungi: infoict.dapat.com